Sunday 25 September 2016

PENGENALAN:~


  • MASYARAKAT MAJMUK SINONIM DENGAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG BERCIRIKAN PELBAGAI KAUM DAN JUGA IDENTITI.TERDAPAT LEBIH 80 KAUM DI DALAM MALAYSIA.DARIPADA KESELURUHAN KAUM TERSEBUT TERDAPAT TIGA BAHASA YANG PALING UTAMA YAITU MELAYU,CINA DAN INDIA.MALAYSIA PADA HARI INI DIDIAMI DENGAN PELBAGAI KAUM DAN EKTENIK MAKA WUJUDLAH KEPELBAGAIAN KAUM,BAHASA,DAN ADAT RESAM.CORAK PERUBAHAN MASYARAKAT INI BERLAKU DI SEBABKAN OLEH PERUBAHAN MASA DAN KEADAAN SEPERTI YANG BERLAKU PADA STRUKTUR POLITIKNYA SEBELUM ABAD KE-18 DAN KE-19.PADA HARI INI,MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA TERJADI TAMPA SENGAJA.
  • MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA MEMPUNYA KOMPOSISI MASYARAKAT YANG MAJMUK DAN MELIBATKAN BERPULUH PULUH EKTENIK DAN BANGSA MELIPUTI MALAYSIA TIMUR DAN MALAYSIA BARAT.NAMUN TERDAPAT TIGA BANGSA YANG BERSIFAT MAJORITI DI MALAYSIA IAITU KAUM MELAYU,CINA DAN INDIA. DI SERAWAK EKTNIK YANG PALING BANYAK IALAH EKTNIK IBAN YANG MEWAKILI 30% DARI KESELURUHAN EKTNIK SERAWAK.DI SABAH PULA EKTNIK YANG PALING RAMAI IALAH EKTNIK KADAZAN-DUSUN YANG TERDIRI DARIPADA 27SUKU.MENURUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT CETAKAN 2007,MASYARAKAT MAJMUK IALAH MASYARAKAT YANG TERDIRI DARIPADA BEBERAPA KAUM DAN SUKU.
  • MENURUT J.S FURNIVAL(1948) MASYARAKAT MAJMUK TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM DAN EKTNIK YANG MEMPUNYAI KEBUDAYAAN,AGAMA,BAHASA DAN ADAT RESAM YANG TERSENDIRI WALAUPUN BERADA DI BAWAH SISTEM POLITIK YANG SAMA.MANAKALA MENURUT KAMARUDIN JAAFAR MASYARAKAT MAJMUK BERMAKSUD KAUM BERCAMPUR TETAPI KEHIDUPAN BERASINGAN,INTERAKSI TERBATAS,PENUH PRASANGKA SERTA BERSAMA TETAPI TIDAK BERSATU.

LATAR BELAKANG KAJIAN:~

  • KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK DI TANAH MELAYU SEBELUM MERDEKA MEMPUNYAI TIGA KAUM YANG TERBESAR DAN UTAMA DI TANAH MELAYU IALAH MELAYU,CINA,DAN INDIA.SEBELUM PERTEMUAN TAPAK BIJI TIMAH OLEH LONG JAAFAR PADA TAHUN 1848,HAMPIR KESEMUA PENDUDUK DI TANAH MELAYU TERDIRI DARIPADA ORANG MELAYU.PADA PERTENGAHAN ABAD KE-19,BERLAKU PENGHIJRAHAN MASUK KAUM CINA DAN INDIA SECARA BERAMAI RAMAI DI TANAH MELAYU.FENOMENA INI BERLAKU KERANA DASAR KOLONIAL BRITISH YANG MEMBAWA MASUK KAUM-KAUM TERSEBUT TERUTAMA UNTUK MENGERJAKAN EKONOMI.
  • PEMAJMUKAN MASYARAKAT TANAH MELAYU TELAH MENYEBABKAN BRITISH MENTADBIR MENGGUNAKAN DASAR 'PECAH DAN PERINTAH' IAITU DEVIDE AND RULE.DASAR INI MEMBERI MAKNA KELEMAHAN PENGLIBATAN BUMIPUTRA ,TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEMBERI PENGKHUSUSAN KEPADA KAUM IMIGRAN DAN MEMASTIKAN PENGASINGAN SETIAP KAUM.KAUM IMIGRAN DIBIARKAN UNTUK MENGEKALKAN IDENTITI DAN BUDAYA MASING-MASING SEMENTARA PERHUBUNGAN LANGSUNG DENGAN KAUM-KAUM LAIN TERUTAMA DENGAN BUMIPUTRA TIDAK DIGALAKKAN.PENGUASAAN EKONOMI ORANG MELAYU TERHADAP SEKTOR EKONOMI NEGERI MASING-MASING BERUBAH DAN MEROSOT SETELAH CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM HAL-EHWAL POLITIK TEMPATAN.KEMASUSKAN BURUH-BURUH ASING JUGA TELAH MENGUBAH STRUKTUR EKONOMI MASYARAKAT ,MELAY.
1.KAUM MELAYU:~
  • ORANG MELAYU BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI PENDUDUK ASAL TANAH MELAYU DI MANA NENEK MOYANGNYA DATANG DARI INDO-CHINA ATAU YUNNAN LEBIH 3500 TAHUN DAHULU.NAMUN PENDUDUK MELAYU KINI SEBENARNYA LEBIH RAMAI EKORAN KEMASUKAN BEBERAPA LAGI KELOMPOK MASYARAKAT MELAYU DARI KEPULAUAN LAIN KE TANAH MELAYU.
  • SEJAK ABAD KE-9 LAGI TELAH BERLAKU PENGHIJRAHAN BERAMAI-RAMAI MASYARAKAT MELAYU INDONESIA KE TANAH MELAYU.PENGHIJRAHAN INI BERLAKU EKORAN KUDUDUKAN EKONOMI,POLITIK DAN SOSIAL YANG MAMPU MENJAMIN KESELESAAN MEREKA
  • PENGUASAAN EKONOMI ORANG MELAYU TERHADAP SEKTOR EKONOMI NEGERI MASING-MASING SEMAKIN BERUBAH DA MEROSOT SETELAH CAMPUR TANGAN BRITISH DAL HAL-EHWAL POLITIK TEMPATAN.KEMASUKAN BURUH-BURUH ASING JUGA TELAH MENGUBAH STRUKTUR EKONOMI MASYARAKAT MELAYU.
2.KAUM CINA:~
  • PENGHIJARAHAN MASUK MASYARAKT CINA SECARA BERAMAI RAMAI BERLAKU SELEPAS PENGAMBILAN PULAU PINANG OLEH BRITISH DARI TANGAN SULTAN KEDAH DARI TAHUH 1876,PENGAMBIL ALIHAN SINGAPURA DARI TANGAN SULTAN JOHOR PADA TAHUN 1819 DAN SELEPAS PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT PADA TAHUN 1826.
  • PADA PERINGKAT AWAL,BURUH-BURUH CINA BERTUMPU DI TAPAK-TAPAK PERLOMBONGAN AWAL SEPERTI DI LUKUT DAN SUNGAI UJONG.PENGHIJRAHAN SEMAKIN PESAT SEJAJAR DENGAN PERKEMBANAGN AKTIVITI PERLOMBONGAN.
  • CATATAN MENUNJUKKAN MENJELANG TAHUN 1870,BILANGAN MASYARAKAT CINA DI SUNGAI UJONG HAMPIR 10.000 ORANG DAN DI LARUT PERAK PADA TAHUN 1873 TERDAPAT SERAMAIN 40.000 ORANG.
3.KAUM INDIA:~
  • WALAUPUN KEDATANGAN BURUH INDIA KE TANAH MELAYU HANYA KETARA PADA ABAD KE-19 DAN KE-20,SEBENARNYA HUBUNGAN ANTARA INDIA DENGAN SEMENANGJUNG TANAH MELAYU TELAH BERLAKU LEBIH AWAL LAGI.
  • PENGHIJRAHAN INDIA KE TANAH MELAYU TELAH BERLAKU SECARA BESAR-BESARAN MULAI TAHUN1840-AN.KEBANYAKAN BURUH INDIA DATANG DARI SELATAN INDIA.BURUH-BURUH INDIA BERMULA SEBAGAI PEKERJA DI LADANG-LADANG TEBU DAN KOPI DI SEBERANG PRAI.
  • ANGKA INI MENINGKAT SECARA MENDADAK 10 TAHUN KEMUDIANNYA,IAITU ANTARA TAHUN 1911 HINGGA 1920 APABILA DIANGGARKAN SERAMAI 908.000 BURUH INDIA BERHIJRAH KE TANAH MELAYU.
PERNYATAAN MASALAH:~
  • KERAJAAN MENGENAL PASTI NEGARA INI MENGHADAPI MASALAH PERPADUAN YANG KETARA APABILA TERCETUS RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969.WALAUPUN RUSUHAN INI BERLAKU DI KUALA LUMPUR SAHAJA,NAMUN PERISTIWA INI MENCERMINKAN MASALAH SEBENAR YANG DIHADAPI OLEH SELURUH MASYARAKAT DI SEGENAP PELOSOK NEGARA.HASIH KAJIAN YANG DIJALANKAN,MASALAH-MASALAH YANG WUJUD INI BOLEH DIKENAL PASTI MELALUI BEBERAPA SITUASI MELIPUTI EKONOMI,POLITIK DAN SOSIAL.
DASAR BRITISH:~

  • British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina untuk kepentingan perkembangan sektor perladangan dan perlombongan. Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan buruh dari Cina dan India. Keadaan ekonomi dan politik yang tidak tenteram seperti peristiwa Pemberontakan Taiping dan pemberontakan Boxer yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
  • Keadaan ekonomi yang buruk seperti pertambahan penduduk yang pesat, kekurangan makanan, bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang sering berlaku memusnahkan banyak nyawa dan harta benda telah menjadi faktor penolak untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah telah menarik minat orang Cina ke Negara ini. Penghijrahan kaum India pula adalah disebabkan masalah ekonomi dan sosial. Seperti pertambahan penduduk yang pesat dan tidak seimbang dengan keluasan tanah pertanian, bencana alam seperti banjir, kemarau, kebuluran yang kerap berlaku dan merebaknya wabak penyakit telah mendorong mereka berhijrah ke negara ini.
  • Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi perindustrian, permintaan tenaga buruh yang semakin tinggi dan dasar British yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai pelombong, orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya dan jalan kereta api manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani.


KAWASAN PENEMPATAN YANG BERBEZA:~

  • Kawasan pertempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi bandar seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak manakala Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula kekal tinggal di kampung-kampung di luar bandar dan di bandar-bandar mengikut tradisi perkampungan masing-masing.
AGAMA:~
  • Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut. Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam, orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Buddha.
  • Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan. Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum 
PENDIDIKAN DAN PERSEKOLAHAN:~
  • Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina, buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari China. Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi bandar. Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah . Buku-buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
SOSIAL BUDAYA:~
  • Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India, mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya. Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina, India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
OBJEKTIF KAJIAN:~
  • Generasi masa kini perlu bersama-sama mengekalkan keamanan negara dengan menunjukkan sikap perpaduan yang jitu.
  • Memahami dan mempelajari budaya kaum yang lain untuk mengelakkan sifat prejudis sesama mereka.
  • Menghargai jasa dan sumbngan nenek moyang mereka yang telah bersusah payah datang ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan yang baru dan memberi peluang untuk mejadi warganegara Tanah Melayu.
  • Memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat-rakyat yang pelbagai kaum supaya dapat menghadai pelbagai ancaman dan cabaran yang akan menggugat kesejahteraan rakyat Malaysia.
PERSOALAN KAJIAN:~
  1. POLITIK:~
  • Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing telah berlaku sejak tahun 1874.  Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas adalah merupakan cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan orang asing ke Tanah Melayu.  Pada tahun 1930an, Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.  Perkara ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan oleh orang Inggeris kepada pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya.  
  • Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.  Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya.
  • Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran daripada ditindas dan dianiaya oleh kongsi gelap mahupun majikan.  Jabatan Pelindungan Orang Asing yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-buruh asing  menunjukkkan seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing.  Tindakan dan dasar kerajaan Inggeris  mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.
  • Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing.  Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal.  Pada tahun 1927–1932 sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
2.EKONOMI:~
  • Perubahan sistem sara diri kepada sistem komersial disebabkan dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas berlaku.  Ini mengakibatkan pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak mendorong kepada wujudnya sistem  ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Oleh itu, keperluan pemodenan prasarana baru memerlukan tenaga buruh dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
3.SOSIAL:~
  • Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris lebih menjuruskan aspek penekanan.  Dasar ini menjelaskan bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.  Inggeris menggalakkan perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia iaitu melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda.  Oleh itu, kita dapat melihat tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru.  Dengan kewujudan sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia telah meninggalkan kesan keadaan ini.
  • Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru dari negara asal mereka.  Ini jelas menunjukkan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.  Sementelah orang-orang Melayu hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.  Anak-anak para bangsawan Melayu dikhaskan mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.  Justeru, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing.  Oleh itu, ini menjelaskan bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.
  • Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik.  Konsep-konsep ras dan bangsa adalah konsep etnik yang mempunyai pengertian dan saling berkait rapat.  Justeru itu, menurut Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberikan tekanan kepada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama antara sesama manusia.  Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.
KEPENTINGAN KAJIAN:~
  • Kepentingan mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk ialah untuk mengekalkan keharmonian dan mengelakkan perselisihan. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa boleh hidup aman damai sejak dahulu lagi kerana adanya perasaan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Amalan nilai murni ini menjadi tunjang kekuatan sesebuah negara. Perkara ini dapat mengelak berlakunya perselisihan seperti kejadian dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1959. Rusuhan kaum yang berlaku tidak memberi apa-apa keuntungan malah membawa banyak kemudaratan.
  • Perpaduan kaum yang wujud juga turut mempercepat dan memperkasa pembangunan negara. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap bertoleransi dan hidup bersatu-padu memangkinkan usaha memajukan negara dalam segenap aspek merangkumi ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Pembangunan pesat yang jelas kelihatan pada hari ini membantu masyarakat menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Sebaliknya, jika keharmonian kaum terancam maka amat sukarlah kerajaan mengatur agenda mencapai kemajuan negara. Kesannya negara akan ketinggalan dan rakyat menderita kemiskinan.
  • Bagi merealisasikan kejayaan negara dengan ramuan perpaduan kaum ini, maka bagai usaha ke arahnya hendaklah terus dijalankan. Antara lain, kerajaan mewujudkan banyak dasar bertujuan menerapkan nilai-nilai bagi mengekalkan perpaduan kaum. Terkini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan konsep ‘1 Malaysia’. Dasar kepimpinan yang memperkenalkan konsep “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” memperlihatkan keutamaan masyarakat dalam pencapaian sesebuah negara. Tanpa rakyat yang bersatu padu maka pincanglah negara itu
SKOP KAJIAN:~
  • Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana masyarakat majmuk terbentuk di Tanah Melayu dahulu kala dan sebab imigran Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu. Kemasukan kaum Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan berlakunya perpecahan dan rusuhan kaum yang tinggi sehingga berlakunya pertumpahan darah seperti tragedi rusuhan 13 Mei 1969. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk semula perpaduan masyarakat majmuk.
KAJIAN PERPUSTAKAAN:~

  • Ekoran dasar pecah tanah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum telah mencetuskan masalah perkauman dalam negara. Kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, misalnya merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum, terutama akibat daripada tiadanya persefahamana, tolak ansur dan kasih sayang. Bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa, maka kerajaan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar seperti rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi telah memperkenalkan dan diuar-uarkan ke seleruh negara supaya prinsip-prinsipnya dapat dihayati oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.
DAPATAN KAJIAN:~
Jumlah penduduk Tanah Melayu mengikut kaum dari tahun 1891-1931
KAUM
1891
1901
1911
1921
1931
MELAYU
231.5
312.4
420.8
510.8
593.7
CINA
163.4
299.7
433.2
494.5
711.5
INDIA
20.1
58.2
173.7
305.2
380.0
LAIN-LAIN
3.5
8.3
8.3
14.3
27.9
JUMLAH
418.5
678.6
1037.0
1324.8
1713.1


PEBINCANGAN DAN PENUTUP:~
  • Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
  • Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain.  Dari aspek kesinambungan, kemasukan Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah Melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
  • Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.
video:!!!!

No comments:

Post a Comment